My Add

Thursday 1 March 2012

Pemimpin, ahli BN tidak harus gentar jawab tohmahan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 01 Mac, 2012: Setiausaha Perhubungan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Al-Habshee, melahirkan rasa bimbang bahawa masih terdapat isu yang dibangkitkan oleh pembangkang tidak dapat ditangani dengan baik oleh BN.

Malah, menurutnya, ketidakupayaan untuk menanganinya secara berkesan telah menyebabkan isu-isu itu terus disensasikan oleh media.

Pemimpin dan semua anggota BN tidak harus gentar menjawab segala dakwaan dan tohmahan yang dilontarkan oleh pembangkang yang hanya pandai memutarbelit fakta, kata beliau ketika ditemuramah dalam program “Dalam Radar” terbitan Bernama Radio24 yang mengupas mengenai prospek BN Wilayah Persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kalau kita tidak menjawab tohmahan itu dan tidak ada pemimpin atau ahli BN yang mahu menjawabnya, maka sesuatu perkara yang tidak betul pun akhirnya boleh menjadi sesuatu yang betul.

"Maklumat-maklumat yang diketengahkan oleh pembangkang bukan semuanya betul dan merupakan fitnah semata-mata,” katanya.

Syed Ali menggesa semua parti komponen BN untuk memanfaatkan kewujudan media baru seperti Facebook, Twitter dan blog bagi menangkis tohmahan-tohmahan tidak berasas.

Katanya, adalah penting untuk semua parti komponen BN berganding bahu memanfaatkan media baru ini kerana kegagalan berbuat demikian menggambarkan BN mengiakan apa yang diperkatakan oleh pembangkang. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment