My Add

Sunday 25 March 2012

Wanita UMNO ikrar sokongan padu PM, BN: Shahrizat

MELAKA, AHAD, 25 Mac, 201: Pergerakan Wanita UMNO berikrar memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat sebagaimana dibayangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata kaum wanita amat menghargai kestabilan politik, perpaduan kaum dan pembangunan ekonomi yang sentiasa menjadi perhatian kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

"Saya yakin bahawa pengundi wanita untuk PRU-13 akan bagi sokongan yang hebat kepada Perdana Menteri dan kepimpinan beliau.

"Isu wanita mendapat pembelaan yang tiada tolok bandingannya kerana semuanya diambil tahu," kata Shahrizat kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga 1Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2012 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, di Dataran Sejarah di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment