My Add

Sunday 25 March 2012

UMNO terima surat letak jawatan Kadir melalui emel, faksimili

KUALA LUMPUR, AHAD, 25 Mac, 2012: UMNO telah menerima surat peletakan jawatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir daripada parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima surat itu melalui emel dan faksimili pada hari yang sama Kadir membuat kenyataan untuk menarik diri daripada UMNO.

"Kami telah menerima surat itu dan pihak pengurusan pun dah terima (peletakan jawatannya),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut mengenai surat itu.

Abdul Kadir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli UMNO pada 19 Mac lalu. Sebelum itu beliau melepaskan jawatannya sebagai bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar baharu Kedah, iaitu jawatan terakhirnya dalam parti.

Abdul Kadir yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu menjadi ahli UMNO selama 56 tahun sejak menyertainya pada 1956.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment