My Add

Saturday 3 November 2012

14 barang harga terkawal

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
 PUTRAJAYA, JUMAAT, 02 November, 2012: Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali untuk 14 jenis barangan harga terkawal akan berkuat kuasa bermula 8 hingga 17 November ini di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh penguatkuasaan selama 10 hari di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 itu melibatkan barangan harga terkawal seperti ayam hidup, ayam standard, ayam super.

“Antara yang tersenarai dalam skim kawalan ini adalah daging kambing tempatan, daging kambing biri-biri import bertulang dan tanpa tulang serta daging paha kambing biri-biri import bertulang.

“Selain itu, ia turut melibatkan telur ayam gred A; gred B; gred C; tomato; bawang merah kecil (India); ubi kentang import (China) dan kacang dal (Australia)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment