My Add

Saturday 3 November 2012

Lagi bayi mati tersedak

 *Dalila Haifa Dafrizal Shah
KUALA LUMPURJUMAAT, 02 November, 2012: Cucu perempuan kepada Pengarang Majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di pusat jagaan kanak-kanak di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta di sini hari ini.

Dalila Haifa Dafrizal Shah, 3 bulan, dihantar ke pusat jagaan itu selepas ibunya, Haidah Harun, 28, kembali bertugas di LHDN selepas selesai berpantang melahirkan anak keduanya.

Menurut anak saudara Normala, Siti Fadzillah Mohktar, 35, Haidah yang bertugas sebagai pegawai eksekutif diberitahu oleh pengasuh kira-kira pukul 5 petang selepas mendapati bayi itu dalam keadaan lemah dan kebiru-biruan.

"Haidah yang ketika itu memberi makan anak perempuan sulungnya, Delisha Haifa, 2, di pusat jagaan yang sama terkejut dan cuba memberikan bantuan pernafasan namun bayinya itu memuntahkan susu. - UTUSAN
 

No comments:

Post a Comment