My Add

Saturday 3 November 2012

Pemandu 19 tahun ditahan

ALOR SETAR, JUMAAT, 02 November, 2012: Pemandu lori padi yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat beranak di Kampung Permatang Limau, Pokok Sena dekat sini semalam direman empat hari bagi membantu siasatan.

Remaja berusia 19 tahun itu ditahan malam tadi selepas datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membuat laporan berhubung kemalangan tersebut.

Berdasarkan usianya itu, dia tidak mungkin memiliki Lesen Kenderaan Perdagangan (GDL) bagi membolehkannya memandu kenderaan berkenaan kerana syarat bagi memohon GDL mesti berusia 21 tahun ke atas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Rohana Omar berkata, pemuda berasal dari Kubur Panjang itu ditahan sehingga Isnin ini untuk disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment