My Add

Monday 12 November 2012

24,154 pasport dikeluarkan di UTC Melaka, KL

PUTRAJAYA, AHAD,  11 Nov.ember, 2012:Sebanyak 24,154 pasport telah dikeluarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka dan Kuala Lumpur sejak pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mula beroperasi di premis berkenaan Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan) JIM, Aloyah Mamat berkata, daripada jumlah itu sebanyak 14,049 pasport telah dikeluarkan di Pejabat Pasport UTC Melaka dari 12 Jun hingga 8 November ini.

"Sebanyak 10,105 pasport juga telah dikeluarkan di Pejabat Pasport UTC Kuala Lumpur dari 13 September hingga 8 November ini.

"UTC Melaka di Jalan Hang Tuah merupakan pusat pertama seumpamanya dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Jun lalu manakala UTC Kuala Lumpur (PuduSentral) telah dirasmikan pada 22 September lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aloyah berkata, UTC beroperasi tujuh hari seminggu termasuk Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga sehingga 10 malam.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung memberi kemudahan kepada pelanggan untuk berurusan dengan tidak perlu mengambil cuti kerana boleh hadir selepas waktu pejabat dan di hujung minggu.

"Buat masa ini, sebanyak tujuh kaunter dibuka di UTC Melaka dengan kekuatan anggota seramai 21 orang manakala di UTC Kuala Lumpur sebanyak 12 kaunter dibuka dengan kekuatan anggota seramai 36 orang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment