My Add

Wednesday 28 November 2012

5 penunggang Malaysia cuba pecah rekod dunia

*MOHD. Shafie Abdullah (kiri) bertukar dokumen projek perjanjian dengan Zamri Mohamed (kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik (dua dari kiri), Ahmad Zahid Hamidi (tengah) dan Ismail Sabri Yaakob di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Bersandarkan semangat Malaysia Boleh, lima penunggang motosikal berkuasa tinggi rakyat tempatan akan mengelilingi dunia dalam masa enam bulan untuk mencatat rekod baharu dunia.

Kelima-lima mereka iaitu Ketua Pasukan, Datuk Zamri Mohamed; Datuk Mohd. Azlan Jemaon; Rosmaidi Saad; Mohd. Ariffin Idris; dan Mohd. Faizal Sukree akan mengelilingi dunia menggunakan motosikal BMW GS 800.

Menurut penaung kepada projek '1Malaysia Endurance Ride 2013-Global Moderation For Peace' itu, Datuk Dr. Mohd. Shafie Abdullah, selain mencipta rekod dunia pasukan tersebut juga akan menjadi duta kembara untuk mempromosikan gagasan 1Malaysia.

"Sebagai duta kembara, mereka akan membawa mesej keamanan mewakili rakyat Malaysia dalam memperjuangkan kesederhanaan global," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek itu yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, pasukan 1Malaysia Endurance Ride itu akan melintasi 33 buah negara antaranya benua Amerika Selatan, Amerika Utara, Rusia dan Asia dengan jarak perjalanan keseluruhan sejauh 45,500 kilometer. - UTUAN

No comments:

Post a Comment