My Add

Wednesday 28 November 2012

IFF sumbang RM200,000 kepada rakyat Palestin

*NOOR Suzanna Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 yang merupakan sebahagian daripada sumbangan keseluruhan bernilai RM200,000 dikumpul oleh IFF kepada Abdelaziz Abughosh (kanan) sambil disaksikan oleh Raja Rezza Shah Raja Zurin (tiga dari kiri) di Kedutaan Palestin, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 27 November, 2012: Penganjur Festival Fesyen Islamik (IFF) hari ini menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada Palestin sebagai usaha meringankan penderitaan rakyat negara itu yang ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Replika cek berkenaan disampaikan Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah Raja Zurin kepada Duta Palestin, Abdelaziz Abughosh.

Turut menyampaikan sebahagian sumbangan yang dikumpul oleh IFF daripada pelbagai pihak ialah Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah.

Menurut Raja Rezza Shah, sumbangan itu merupakan hasil derma ikhlas yang diterima daripada pelbagai pihak termasuk syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan.

Jelasnya, sebahagian besar sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membiayai kos perubatan penduduk di negara berkenaan.

"Sebelum kejadian serangan Israel ke atas Gaza, IFF telah mula mengutip derma bagi membantu meringankan beban penduduk di situ.

"Sebaik sahaja berita mengenai serangan itu mula dikeluarkan, IFF meningkatkan usaha mengutip derma," katanya di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment