Beri tempoh untuk pastikan keberkesanan
KUALA TERENGGANU, RABU, 31 Oktober, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mahu orang ramai memberi tempoh tiga hingga enam bulan kepada agensi itu bagi memastikan keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, tempoh itu diperlukan bagi membolehkan JPJ menganalisis sistem tersebut dengan lebih baik selepas ia dipasang di 14 lokasi awal sebagai permulaan.
"Kita perlukan masa tiga hingga enam bulan baru boleh nampak kesannya. Bagaimanapun, dari segi penglihatan biasa, ia memang telah terbukti khususnya dalam mengurangkan kadar kelajuan kenderaan di jalan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutupan Hari Inovasi JPJ peringkat negeri, di sini hari ini.
Beberapa pihak termasuk Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES setelah mendapat maklum balas di peringkat akar umbi tentang terlalu banyak kelemahan dalam pelan pelaksanaannya meskipun sistem itu dianggap amat baik. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment