Tingkat bahasa Inggeris generasi baharu peneroka
KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Felda melalui Pusat Bahasa Inggeris Yayasan Felda (YFELC) akan terus bekerjasama dengan City and Guilds, United Kingdom (UK) bagi melengkapkan generasi baharu peneroka dengan penguasaan bahasa Inggeris.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, langkah itu dilihat mampu memberi pendedahan awal kepada anak-anak peneroka seterusnya meningkatkan penguasaan bahasa lingua franca itu yang semakin penting dalam era globalisasi sekarang.
Tahun ini katanya, YFELC telah berjaya memberi kursus bahasa Inggeris kepada 484 anak-anak peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
''Kini, kami bercadang mahu memberi pendedahan yang sama kepada anak-anak Felda berumur sembilan hingga 14 tahun supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik pada peringkat awal lagi," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment