NGO turut sokong tangguh AES
KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Saranan agar kerajaan menangguhkan dan mengkaji semula Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi mengesan pemandu yang melanggar peraturan jalan raya turut disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara tersebut wajar dilakukan agar tidak menimbulkan kekeliruan atau masalah kepada orang ramai.
''Usaha ini sebenarnya baik kerana tujuannya untuk mengatasi masalah kemalangan dan atas faktor keselamatan pengguna jalan raya.
''Namun, sekiranya terbukti wujud kelemahan yang nyata pelaksanaan AES wajar ditangguhkan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO turut mendesak kerajaan menangguh serta mengkaji semula pelaksanaan AES kerana mendapati banyak kelemahan dalam menjayakannya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment