My Add

Tuesday 13 November 2012

Mirzan Mahathirdianugerah Usahawan Terbaik

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Usahawan berkaliber, Mirzan Mahathir akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Terbaik dalam Majlis Makan Malam Gala Anugerah Perniagaan Malaysia (MBA) 2012 kali keempat anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) akhir bulan ini.

Presiden DPMMKL, Prof. Datuk Syed Amin Aljeffri berkata, Mirzan dipilih selepas melalui penilaian merangkumi empat kriteria utama iaitu pertumbuhan perniagaan, penggunaan tenaga Malaysia yang efektif, inovasi teknologi dan sumbangan dari segi tanggungjawab sosial korporat.

Kata beliau, Mirzan antara 24 usahawan lain yang turut menerima penghargaan termasuk pemegang saham terbesar IGB Corp. Bhd., Datuk Tan Chin Nam, Pengerusi MK Land, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan YTL, Tan Sri Francis Yeoh dan Pengerusi Eksekutif Kerjasama Kewangan National Land, Tan Sri Dr. K. R. Somasundram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment