My Add

Monday 12 November 2012


Butler akhirnya latih T-Team ganti Fowler


KUALA TERENGGANU, ISNIN, 12 November, 2012: Kemelut bekas jurulatih skuad bola sepak Terengganu Peter Butler akhirnya terurai apabila beliau dilantik mengendalikan pasukan T-Team bagi menghadapi saingan Liga Super tahun depan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Program Khas Sukan/T-Team Ab Rashid Jusoh berkata T-Team memilih Butler bagi menggantikan bekas pemain Liverpool Robbie Fowler.

"Fowler tidak jadi datang kerana mempunyai komitmen yang lain, walaupun kita berminat untuk menggunakan khidmatnya tahun depan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ab Rashid berkata Butler akan memulakan tugas untuk melatih pasukan T-Team pada 18 November ini di padang Kompleks Sukan Gong Badak, dekat sini.

Butler sebelum ini bergelut apabila beliau dikenakan tindakan gantung selama enam bulan dan denda RM4,000 oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana melanggar peraturan badan induk itu.

Ab Rashid berkata T-Team telah diberikan amanah kepada Butler untuk mencari pemain import dan juga pemain tempatan bagi memperkuat pasukan tahun depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment