My Add

Monday 12 November 2012

Talian penghantaran punca barat Sarawak bergelap

KUCHING, ISNIN, 12 Nov.ember, 2012:Masalah di talian penghantaran satu daripada dua stesen janakuasa berkeupayaan 275 kilovott (kV) di Engkelili-Mambong dipercayai menjadi punca hampir sejuta penduduk di barat negeri ini bergelap beberapa jam sejak pukul 7 petang semalam.

Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB), Haniza Abdul Hamid ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah menghantar pasukan operator dan juruteknik ke stesen janakuasa di Sejingkat dan Sungai Biawak bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagaimanapun katanya, janakuasa di dua lokasi tersebut hanya mampu membekalkan 60 peratus elektrik ke kawasan yang terlibat.

“Keadaan tersebut menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kuching terputus dan mendapat semula bekalan elektrik secara berperingkat-peringkat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Antara kawasan terjejas adalah di Matang, Tabuan, Batu Kawah, Petra Jaya, Satok, Poh Kwong Park dan Padawan.

Bagaimanapun beliau berkata, masalah tersebut telah berjaya diselesaikan dan bekalan elektrik di semua kawasan terbabit pulih sepenuhnya mulai pukul 9.55 pagi ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment