My Add

Monday 12 November 2012

Pangkalan data untuk pengguna pengangkutan awam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Pengguna pengangkutan awam darat kini boleh mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan terminal pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia menerusi Sistem Maklumat Terminal Pengangkutan Awam (PTTIS) yang dilancarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bulan lepas.

Sistem itu antara lain membolehkan pengguna mengetahui lokasi koordinat Sistem Penentududukan Sejagat (GPS) sesebuah terminal, maklumat terminal hentian teksi, bas dan rel serta gambar-gambar keadaan di terminal.

"Sistem ini memudahkan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan di terminal tertentu mencari kedudukan terminal dengan tepat dan mengenalpasti kemudahan yang tersedia di terminal.

"Dengan terdapatnya pangkalan data terminal ini, pengguna juga akan lebih mudah memberikan maklumbalas mengenai tahap perkhidmatan di terminal-terminal itu sekaligus menaikkan tahap perkhidmatan di terminal berkenaan," kata SPAD dalam kenyataan hari ini.

Pangkalan data itu boleh dilayari di laman web SPAD di www.spad.gov.my atau terminal.spad.gov.my. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment