*ADNAN Azizon (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas dalam sidang akhbar d i Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan China Press
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Seorang pemandu teksi ditahan kerana memiliki sejumlah 19,750 biji pil Eramin 5 bernilai RM395,000 dalam serbuan di tempat letak kereta di sebuah hotel terkemuka di Jalan Ipoh, Jumaat lalu.
Hasil pemeriksaan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, kesemua dadah berkenaan ditemui di dalam beberapa buah kotak di but teksinya.
Timbalan Ketua JSJN Kuala Lumpur, Supritendan Adnan Azizon berkata, suspek warga tempatan dan berusia 45 tahun itu dipercayai seorang pengedar dadah yang aktif di sekitar Lembah Klang. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment