My Add

Tuesday 13 November 2012

Henti kelirukan umat Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 November, 2012: Mereka yang cuba mengubah atau meminda Perlembagaan untuk memberikan hak kebebasan mutlak beragama, digesa menghentikan kegiatan negatif itu kerana ia memesongkan akidah umat Islam.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi menjaga akidah umat Melayu Islam daripada terpesong selain Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa seorang Melayu merupakan seorang Islam.

"Merujuk Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

"Saya melihat Perlembagaan sudah jelas menerangkan tentang perkara tersebut. Oleh itu, tidak timbul persoalan tentang kebebasan beragama di negara ini yang patut diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment