My Add

Monday 12 November 2012

Dua ditahan cubaan baling bom paip gagal di Indonesia

JAKARTA, ISNIN, 12 November, 2012: Seorang lelaki membaling bom paip ke arah gabenor wilayah negara itu ketika mangsa berada di atas pentas tetapi benda yang penuh dengan
paku terbabit tidak meletup, kata polis hari ini.

Suspek dan seorang lelaki ditahan. Bagaimanapun tiada sesiapa mengalami kecederaan. Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo hadir pada majlis meraikan ulang tahun parti politik Golkar di ibu negeri wilayah itu, Makassar.

Polis sedang menyiasat sama ada serangan itu membuat kaitan dengan kumpulan pengganas atau pemilihan gabenor yang akan datang.

Limpo akan mempertahankan kedudukan pada pemilihan Januari tahun depan. - AP

No comments:

Post a Comment