My Add

Monday 12 November 2012

Muhyiddin terima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat WCEF


* MUHYIDDIN Yassin ketika menyampaikan ucaptama di Forum Ekonom China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat KonvensyenMelbourne. - Foto BERNAMA

* Muhyiddin Yassin (lima dari kiri) bersama Gabenor Victoria, Alex Chernov (enam dari kanan), memotong riben sebagai simbolik perasmian Forum Ekonomi China Dunia ke-4 (WCEF) di Pusat Konvensyen Melbourne. - Foto BERNAMA
MELBOURNE, AHAD, 12 November, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat sempena Forum Ekonomi China Sedunia Keempat (WCEF) di sini, sebentar tadi.

Anugerah itu julung kali diwujudkan atas dasar sifat Muhyiddin yang suka membantu masyarakat Cina sejak bertugas sebagai Menteri Besar Johor dan menyokong sistem pendidikan Cina sejak dilantik sebagai Menteri Pelajaran.

Anugerah dalam bentuk pasu yang ditempah khas dari China itu disampaikan oleh Gabenor Victoria, Alex Chernov selepas Muhyiddin menyampaikan ucaptamanya dalam WCEF.

Hadir sama Penaung dan Pengasas Bersama WCEF, Tan Sri Liew Kim Yew, Pengerusi WCEF yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh dan Presiden MCA yang juga Penaung WCEF, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja sembilan hari ke Melbourne, Brisbane dan Gold Coast bermula Sabtu lalu. - BH

No comments:

Post a Comment