My Add

Tuesday 13 November 2012

Nurul Izzah dicabar saman Malaysiakini

*AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan ahli keluarga anggota tentera pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat Bersama Warga Kem Sikamat di Seremban, semalam.

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
SEREMBAN, ISNIN, 12 November, 2012: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar untuk menyaman portal berita pro pembangkang, Malaysiakini yang turut melaporkan kenyataannya berhubung kebebasan agama dalam kalangan orang Melayu.

Ahmad Zahid berkata, ini berikutan portal berkenaan turut menyiarkan kenyataan yang sama seperti mana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia.

''Apabila terdesak Nurul Izzah menyatakan bahawa dia tidak berkata demikian seperti dalam akhbar Utusan Malaysia dan akhbar lain, tetapi apabila kita baca Malaysiakini ia turut menyatakan perkara sama.," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment