My Add

Wednesday 28 November 2012

Nasihat Mahathir kepada bakal doktor

 *DR Mahathir Mohamad beramah mesra bersama pelajar asing CUCMS di
 Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA, SELASA, 27 November, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan bakal doktor di negara ini supaya sentiasa menambah kemahiran untuk menghadapi persekitaran semakin mencabar dalam dunia perubatan.

Katanya, doktor-doktor muda memerlukan lebih banyak pengetahuan berbanding dahulu kerana mereka perlu mengendalikan peralatan perubatan dan pembedahan yang canggih.

''Doktor muda zaman ini lebih berkelayakan dan berpengetahuan, mereka memerlukan lebih banyak ilmu untuk mengendali komputer dan peralatan perubatan yang baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada kira-kira 200 pelajar dan pensyarah Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) yang menghadiri forum bertajuk Menghadapi Masa Depan Tidak Menentu Dalam Kerjaya Perubatan di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Dr. Mahathir telah berkongsi pengalaman dan cabaran yang dihadapi semasa beliau bertugas sebagai doktor di Alor Setar.

Beliau pada masa sama turut menyeru graduan perubatan dari luar negara supaya pulang berkhidmat di Malaysia selepas tamat pengajian.

''Adalah baik untuk menimba pengalaman di luar negara, tetapi mereka juga perlu kembali berkhidmat di negara ini," katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau sebenarnya mempunyai minat yang mendalam dalam politik lebih awal sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment