My Add

Friday 2 November 2012

Ketua Menteri digesa kemuka jawapan dalam tempoh 24 jam

GEORGETOWN, JUMAAT, 02 November, 2012: Wakil rakyat pembangkang Pulau Pinang hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengemukakan jawapan bagi kesemua soalan lisan dan bertulis dalam tempoh 24 jam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah berkata, Ketua Menteri hanya menjawab satu daripada 30 soalan yang dikemukakannya.

Beliau berkata, semua transkrip jawapan sepatutnya diletakkan di atas meja setiap wakil rakyat selepas soalan lisan dibacakan, dan kegagalan berbuat demikian menunjukkan pengurusan kerajaan negeri tidak cekap.

"Minggu depan sudah ada sesi perbahasan. Kami perlu maklumat dalam jawapan itu, takkanlah kita nak berbahas secara rambang kerana ini akan menjejaskan kualiti debat," katanya kepada pemberita.

Arif berkata jika Ketua Menteri tidak mengemukakan jawapan dalam tempoh yang ditetapkan, ini bermakna beliau mengaku kerajaan negeri lemah dan tiada integriti. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment