My Add

Thursday 1 November 2012

Timbalan KSU nyaris maut kemalangan

KUALA LUMPUR, RABU, 31 Oktober, 2012: Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Bahrom Jani nyaris maut setelah kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Bukit Kiara di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10.48 pagi ini semasa mangsa yang memandu kereta Hyundai Elantra dalam perjalanan ke Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) tidak jauh dari tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas berkata, kemalangan berlaku apabila kereta mangsa yang mahu membelok ke kanan di lampu isyarat di situ tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment