My Add

Wednesday 26 December 2012

15 pelajar selamat selepas nahas kanu terbalik di Jepun

TOKYO, RABU, 26 Disember, 2012: Seramai 15 pelajar yang hilang selepas nahas kanu terbalik berdekatan Tokyo berjaya diselamatkan pihak berkuasa, kata stesen televisyen dan akhbar.

Sekumpulan 50 pelajar dari sekolah berbeza yang sedang berlatih bersama-sama terjatuh selepas kanu mereka terbalik.

Sebelum itu, 35 pelajar berjaya diselamatkan serta merta.

Tidak dapat dipastikan bagaimana nahas itu berlaku atau keadaan pelajar terbabit ketika mereka diselamatkan. - AFP

No comments:

Post a Comment