My Add

Wednesday 26 December 2012

Rakyat Mesir sokong perlembagaan Mesir

KAHERAH, RABU, 26 Disember, 2012: Perlembagaan Mesir diluluskan dengan sokongan 63.8 peratus undi selepas dua peringkat pungutan suara yang berakhir minggu lalu, kata suruhanjaya pilihan raya negara berkenaan.

Pengerusi suruhanjaya itu, Samir Abul Maati berkata, jumlah yang keluar mengundi ialah seramai 32.9 peratus daripada 52 juta pengundi Mesir.

Angka berkenaan disahkan seperti yang diumumkan Presiden Mohamed Morsi dan mendapat sokongan Muslim Brotherhood. - AF

No comments:

Post a Comment