My Add

Wednesday 26 December 2012

Ekonomi Asia Tenggara terus tumbuh 2013

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Disember, 2012: Asia Tenggara dilihat mampu meneruskan trend pertumbuhan tahun ini didorong oleh peluasan polisi berkaitan kewangan dan gaji.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Royal Bank of Scotland (RBS) di Indonesia, peningkatan gaji minimum sebanyak 40 peratus dilihat mampu menyokong pertumbuhan ekonomi negara itu.

Keadaan itu turut dirasai oleh Thailand yang telah meningkatkan had gaji minimum tahun ini, selain disokong oleh program-program pembangunan infrastruktur selama tujuh tahun yang dijangka menyumbang sebanyak 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bagi Malaysia pula, perbelanjaan awam masih lagi menjadi isu dengan hutang kerajaan dikatakan semakin menghampiri had yang ditetapkan iaitu 55 peratus daripada KDNK. Ia sekali gus boleh menyebabkan negara menghadapi kekangan fleksibiliti fiskal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment