My Add

Wednesday, 26 December 2012

Wanita mangsa pertama banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU, RABU, 26 Disemver, 2012: Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri hari ini.

Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd. Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.

Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.

Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 6,100 orang sehingga 8.30 malam tadi berbanding 5,297 orang petang semalam.

Mereka kini tempatkan dipindahkan di 106 pusat pemindahan banjir. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment