My Add

Wednesday 26 December 2012

Satu maut ribut salji landa tengah AS

NEW ORLEANS, RABU, 26 Disember, 2012: Sambutan Hari Krismas di sepanjang Pantai Teluk dipenuhi dengan ribut petir yang membawa hujan lebat, angin kencang dan ribut manakala di bahagian tengah AS dilaporkan hujan salji sekali gus mengundang bahaya kepada penduduk tempatan dan pelancong.

Di kawasan kejiranan Houstan, seorang pemandu terbunuh selepas pokok menghempap trak yang dipandunya.

Sebanyak 21 kenderaan tersekat di Oklahama apabila jalan raya di bandaraya berkenaan dipenuhi salji tebal, dan pihak berkuasa tempatan memberi amaran kepada pelancong supaya tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Sementara itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan menerusi Twitternya hari ini, berkata angin kencang kini menuju ke bandar Mobile, Alaska. - AGENSI

No comments:

Post a Comment