*PENGARAH Urusan Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Datuk Prof. Dr. Ismail Mohammed Taib (hadapan sekali) mengetuai kakitangannya bergambar selepas menyiapkan kerja-kerja pembinaan kekotak konkrit Jambatan Kedua Pulau Pinang, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Disember, 2012: Pembinaan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka mampu siap lebih awal daripada jadual asalnya, September tahun depan.
Sasaran itu diyakini mampu dicapai kerana kontraktor, UEM Builders Bhd. berjaya menyiapkan kerja-kerja pembinaan kekotak konkrit pra-tuang bagi jambatan itu 100 hari lebih awal daripada jadual asal.
Jambatan kedua berharga RM4.5 bilion sejauh 24 kilometer (km) itu dibina bersama oleh UEM Builders Bhd. (Bahagian kejuruteraan dan pembinaan UEM Group) dan China Harbour Engineering Co. Ltd. (CHEC) mulai 2008 dan dijangka siap sepenuhnya September 2013. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment