My Add

Wednesday 26 December 2012

150,000 ayam dihapuskan akibat selesema burung di Bangladesh

DHAKA, RABU, 26 Disember, 2012: Jabatan Haiwan Bangladesh menghapuskan kira-kira 150,000 ayam di sebuah ladang berdekatan Dhaka selepas wabak selesema burung terbunuh melanda dalam tempoh lima tahun, kata pegawai hari ini.

Wabak berkenaan dikesan di ladang Bay Agro di Gazipur, kira-kira 40 kilometer utara Dhaka selepas berpuluh-pukuh ayam ditemui mati sekali gus menyebabkan syarikat terbabit menghantar sampel ke makmal untuk ujian.

"Kira-kira 150,000 ayam terdapat di ladang berkenaan. Kami sudah menghapuskan kira-kira 120,000 ayam dan kami akan menghapuskan bakinya hari ini," kata Pengarah Jabatan Haiwan, Mosaddeq Hossain. - AFP

No comments:

Post a Comment