My Add

Wednesday 26 December 2012

Mangsa banjir di Terengganu mencecah 10,000

KUALA TERENGGANU, RABU,. 26 Disember, 2012: Bilangan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan hampir mencecah 10,000 orang daripada 2,452 keluarga sehingga tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang masih tidak menentu.

WAN ZULKIFLI WAN YAACOB melaporkan, jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri memberitahu, mereka ditempatkan di 121 pusat pemindahan di seluruh negeri yang melibatkan premis sekolah, surau, masjid, balai raya dan dewan sivik.

Jalan-jalan yang ditutup di Terengganu

 Laluan di 22 lokasi melibatkan enam jalan Persekutuan dan 16 jalan negeri di tujuh daerah di negeri ini dinaiki air dan sebahagian besar ditutup kepada semua kenderaan hari ini.

Jalan yang ditutup kepada semua kenderaan kerana dinaiki air antara 0.5 meter hingga 2 meter termasuklah Jalan Bukit Diman-Felda Tersat,

Jalan Utama Mengkawang-Tersat, Hulu terengganu.

Dua lagi jalan utama yang ditutup ialah Jalan Gong Kedak di Besut, Jalan Felda Neram 1 dan Jalan Cukai-Air Puteh di Kemaman.

Jalan-jalan negeri terlibat ialah Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu,

Jalan Matang/Nibong/Kuala Telemong, Jalan Kg. Kejil-Kg. Bukit Perah, Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal, Jalan Kuala Berang-Ajil di Hulu Terengganu.

Juga Jalan Jerteh/Pasir Akar-Keruak, Jalan Jabi/Oh/Pasir Akar Besut,

Jalan Tepus-Kuala Jengai di Dungun; Jalan Teladas, Jalan Kemasik/Air Jernih/ Ibok/Paman di Kemaman.

Lain-lain ialah Jalan Kerteh-Batu Putih, Jalan Kijal/Chengal Besar/Pondok Limau dan Jalan Pelatoh (Kg. Pelatoh) di Kemama

Di Kelantan 4,062 orang dipindahkan

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh Kelantan hari ini meningkat biarpun cuaca pada hari ini dan semalam agak baik.

Sehingga pukul 1 petang ini, seramai 4,062 orang telah dipindahkan ke 35 buah pusat pemindahan berbanding hanya 3,059 semalam.

Sementara itu, lapan batang jalan di lima buah daerah di negeri ini ditutup kepada semua kenderaan. Jalan-jalan yang terlibat ialah:

* Km 11, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang berhampiran Kampung Siram

* Jalan Machang - Pengkalan Meleret-Wakaf Bata berhampiran Padang Klupang, Machang.

* Km 3 Jalan Pangkalan Rakit, Pasir Mas

* Km 7.4, Jalan Rantau Panjang - Panglima Bayu, Kampung Kajang, Pasir Mas

* Km 8, Jalan Kg. Pepuyu, Kampung Kajang, Tanah Merah.

* Km 6, Jalan Tanah Merah-Kusial-Kg. Ipoh, Kampung. Chekok, Tanah Merah

* Km 8, Jalan Cabang 4 - Kampung Jambu - Meranti, Kampung Ana, Tumpat.

* Km 3, Jalan Pohon Tanjung - Pasir Pekan, Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat

Di Pahang meningkat kepada 2,913

 KUANTAN: Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat apabila sebanyak 3,196 orang ditempatkan di 18 pusat pemindahan di daerah ini, Rompin dan Pekan hari ini, lapor SHAHRINNAHAR LATIB

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis negeri, sehingga pukul 12 tengah hari, Kuantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,913 orang dan ditempatkan di 15 pusat pemindahan di sini.

Pekan mencatatkan seramai 206 orang diikuti Rompin 57 orang dan Jerantut 20 orang dengan masing-masing satu pusat pemindahan dibuka di ketiga-tiga daerah itu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment