My Add

Wednesday 26 December 2012

3 maut dalam kemalangan berasingan di Pahang
KUANTAN, RABU, 26 Disember, 2012-  Tiga lelaki termasuk seorang penuntut sebuah Politeknik di sini, maut dalam nahas jalan raya berasingan di Pahang semalam dan malam tadi.

Kejadian pertama berlaku apabila kereta yang dipandu Muhammad Faizol Ashraf Ramly, 19, jatuh ke dalam gaung selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 24 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Bukit Penggorak di sini 1.20 tengah hari.

Muhammad Faizol mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badannya.

Dalam kejadian lain di Jalan Budu-Tualang Padang dekat Kuala Lipis, seorang penunggang motosikal, Mohd. Sabri Ismail, 56, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan dalam kejadian 1.50 tengah hari.

Sementara itu, seorang pejalan kaki dikenali sebagai Chew Wing Seng, 50, mati selepas dilanggar sebuah kereta semasa melintas di Jalan Pekeliling-Kuala Lipis, dekat Lipis pukul 10.10 malam tadi.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment