My Add

Wednesday 26 December 2012

Wang keluar masuk Mesir dihadkan kepada AS$10,000

KAHERAH, RABU, 26 Disember, 2012: Mesir melarang pelancong luar daripada membawa wang masuk dan keluar dari negara ini melebihi AS$10,000 (RM30,608).

Ia berikutan kebimbangan kerajaan mengenai kesukaran mengawal nilai mata wang dan tindakan rakyat mengeluarkan simpanan mereka daripada bank akibat krisis politik yang membelenggu negara itu sejak kebelakangan ini.

Jurucakap presiden, Yasser Ali mengesahkan perkara itu dan berkata, sekatan berkenaan turut membabitkan mata wang dollar Amerika. - REUTERS

No comments:

Post a Comment