My Add

Wednesday 26 December 2012

Lebih 13,000 mangsa banjir terjejas di tiga negeri

KUALA LUMPUR, RABU, 26 Disember, 2012:: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas sehingga pagi ini kini berjumlah kira-kira 13,409 orang.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan seramai 7,741 orang ditempatkan di 123 pusat pemindahan di sekitar Terengganu.

Pusat terbabit ialah 22 di Setiu; Besut (30); Kuala Terengganu (9); Marang (10); Hulu Terengganu (18); Dungun (20) dan Kemaman 14.

Selain itu, di Kelantan seramai 3,293 orang ditempatkan di 59 pusat pemindahan banjir di sekitar negeri berkenaan.

Pusat pemindahan terbabit ialah 12 di Kota Bharu, Pasir Mas (23), Tanah Merah (5), Pasir Puteh (3), Machang (7), Tumpat (3) dan Kuala Krai 6.

Di Pahang, seramai 2,375 mangsa ditempatkan di 15 pusat pemindahan di Kuantan, manakala satu masing-masing di Pekan dan Rompin. - BH

No comments:

Post a Comment