My Add

Wednesday 26 December 2012

27 orang maut pesawat tentera Kazakhstan terhempas

KAZAKHSTAN, RABU, 26 Disember, 2012: Seramai 27 orang maut termasuk komander pengawal sempadan apabila sebuah kapal terbang tentera terhempas di selatan negara itu, malam tadi, lapor media tempatan dan khidmat keselamatan KNB.

Pesawat jenis Antonov An-72 itu hilang dari radar pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan ketika ia mendarat berdekatan bandar Shykent, ibu negeri wilayah selatan negara berkenaan.

Siaran televisyen Channel 7 negara itu menyiarkan gambar bangkai pesawat di tempat kejadian.

Pesawat itu dalam penerbangan ke Shymkent selepas berlepas dari Astana. - REUTERS

No comments:

Post a Comment