My Add

Wednesday 26 December 2012

Warga emas dijumpai mati dalam keadaan berbogel

SEREMBAN , RABU,27 Disember, 2012: Seorang lelaki warga emas dijumpai mati dalam keadaan tidak berpakaian dengan kaki dan tangan terikat manakala kepalanya ditutup dengan kain sarung di sebuah rumah di Jalan Rasah di sini hari ini.

Mangsa, Edward Rajasooria Sebastian, 62, dijumpai tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di rumahnya oleh sepasukan anggota polis kira-kira pukul 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang jiran mangsa telah menghubungi polis selepas lelaki itu tidak keluar daripada rumahnya sejak petang semalam.

"Beberapa anggota polis yang tiba kemudiannya mendapati pintu hadapan rumah berkenaan tidak berkunci sebelum menjumpai mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik.

"Ketika ditemui mangsa berada di dalam keadaan bogel dengan kaki dan tangan terikat manakala mukanya ditutup dengan sehelai kain sarung,'' katanya di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa belum berkahwin tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang diwarisi daripada keluarganya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment