My Add

Wednesday 26 December 2012

Rasuah: 2 anggota polis mengaku tidak bersalah

KUANTAN, RABU, 26 Disember, 2012: Dua anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah pada 2010 dan tahun ini.

Sarjan Mohamad Sohaimy Arshad, 50, yang bertugas di bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bera didakwa memperoleh suapan sebagai dorongan untuk melepaskan tanpa syarat Saiful Fazli Hanipah yang disyaki melakukan kesalahan mencuri motosikal yang menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa menerima suapan bernilai RM1,000 daripada Nor Liza Mohamed di dalam Restoren Ujang Cafe, No 25, Jalan Teo Joo, Bera, pukul 4.45 petang pada 3 Januari lepas.

Bagi pertuduhan kedua, pada tarikh yang sama di hadapan Pasaraya Big 10 Super Store pada pukul 9.45 malam, tertuduh didakwa menerima suapan bernilai RM300 daripada Saiful Izwan Hanipah atas sebab yang sama.

Sementara itu, Sarjan Mejar Azizan Saad, 53, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh didakwa memperoleh suapan wang tunai RM500 daripada Chew Kok Roon yang dikatakan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.05 malam, 17 Ogos 2010 di belakang pusat hiburan BB Pun cafe, Mentakab.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment