My Add

Wednesday 26 December 2012

Mendiang Keng Yaik diberi penghormatan negara

PETALING JAYA, RABU, 26 Disember, 2012: Mendiang Tun Dr. Lim Keng Yaik pagi ini diberi penghormatan negara di kediamannya di Tropicana Golf & Country Resorts, dekat ini.

Upacara yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi itu dihadiri hampir 1,000 orang termasuk kenamaan dan diplomat asing.

Keranda mendiang kemudiannya dibalut dengan Jalur Gemilang sebelum diusung ke kenderaan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Mayat mendiang diarak menuju Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Pudu Ulu sebelum dibawa ke Krematorium di Jalan Kuari untuk upacara penghormatan terakhir dan upacara-upacara keagamaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment