My Add

Wednesday 26 December 2012

Israel ragui dakwaan penggunaan senjata kimia

BAITULMAQDIS, RABU, 26 Disember, 2012: 26 Dis. - Israel semalam melahirkan keraguan mereka berhubung dakwaan aktivis Syria bahawa tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad menggunakan senjata kimia terhadap pemberontak negara itu.

``Kami telah melihat laporan daripada pemberontak dan ia bukanlah yang pertama kali.

``Pemberontak mempunyai kepentingan untuk menarik perhatian khasnya dalam campur tangan tentera antarabangsa,’’ kata Naib Perdana Menteri, Moshe Yaalon kepada Radio Tentera.

Tambahnya, buat masa ini, Israel tidak dapat mengesahkan atau mempunyai bukti bahawa senjata kimia ada digunakan namun mereka tetap akan memantau perkara itu sepanjang masa. - REUTERS

No comments:

Post a Comment