My Add

Thursday, 2 January 2014

6 suspek pengganas ditembak mati

 * SEBAHAGIAN anggota polis mengangkat mayat suspek pengganas yang ditembak mati dalam satu serbuan di Tangerang Selatan, barat Jakarta, semalam. - AFP
JAKARTA, RABU, 01 Januari, 2013: Enam lelaki yang disyaki pengganas ditembak mati, sementara seorang lagi ditahan dalam operasi polis Indonesia pada malam menjelang Tahun Baru 2014 di sebuah rumah di Tangerang Selatan, di pinggir ibu kota ini.

Unit khas polis Indonesia yang dikenali sebagai Detasemen Khusus 88 mengepung rumah itu yang disyaki menjadi markas militan berkenaan,

Jurucakap polis Indonesia, Ronny Sompie berkata, pihak berkuasa pada awalnya sudah mengeluarkan amaran meminta kesemua suspek pengganas itu menyerah diri, namun mereka tidak mengendahkannya.

"Mereka (pengganas) mula melepaskan tembakan menyebabkan polis membalas tembakan itu. Operasi itu berlangsung selama 10 jam dan berakhir awal pagi ini," kata Sompie.

Dalam operasi tersebut, polis juga menyita sejumlah bom dan senjata api di rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan polis, kesemua suspek pengganas itu terlibat dalam pelbagai aktiviti keganasan sepanjang 2013 termasuk menembak pegawai polis.

Suspek pengganas yang ditahan itu disyaki pengikut Abu Roban iaitu pengganas yang pernah mengetuai sebuah kumpulan pengajian agama di Tangerang yang ditembak mati pada Mei lalu.

Abu Roban turut merangka pelan keganasan yang akan dilancarkan pada Pilihan Raya Umum 2014.

Sekalipun Abu Roban sudah ditembak mati, namun anggota-anggota yang dilatihnya meneruskan misi yang ditinggalkan beliau memandangkan kumpulan itu mempunyai kemampuan menggunakan senjata.

Kumpulan Abu Roban yang dianggarkan seramai 60 orang juga memiliki anggota yang sentiasa bersedia melakukan serangan berani mati, kata Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Boy Rafli Amar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment