My Add

Thursday, 2 January 2014

Jelaskan percanggahan jumlah perwakilan

KUALA LUMPUR, RABU, 01 Januari, 2013: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak menjelaskan percanggahan jumlah perwakilan yang terlalu ketara antara pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September 2013 dengan pemilihan pada 15 Disember 2012.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong (gambar) berkata, pemilihan semula CEC itu menimbulkan persoalan kerana jumlah perwakilan yang hadir adalah dari 985 cawangan iaitu lebih besar berbanding 865 cawangan pada pemilihan asal tahun 2012.

Berikut adalah kenyataan penuh Lum Yong:

l Kita minta Lim Guan Eng beri penjelasan mengapa wujud kehadiran perwakilan dari 985 cawangan semasa Kongres 29 September 2013 sedangkan kehadiran perwakilan semasa Kongres 15 Disember 2012 hanya dari 865 cawangan. Kita semua mahu tahu mengapa pihak urus setia DAP buat pengesahan yang berbeza dalam isu jumlah cawangan yang hadir?

l Kita mahu tahu cerita sebenar mengenai aduan-aduan yang telah dibuat kepada pihak Pendaftar Pertubuhan (Ros) oleh ahli-ahli DAP kaum Cina. Mereka membuat aduan mengatakan wujud penipuan, penyelewengan dan manipulasi undi semasa pemilihan CEC pada tahun 2012 dan 2013. Lim Guan Eng perlu buat penafian secara terbuka dalam perkara ini dan tidak bisu sahaja.

l Kita mahu tahu mengapa Lim Guan Eng sama ada enggan atau takut hendak memberi senarai 2,576 perwakilan dan juga senarai 985 cawangan kepada pihak Ros untuk siasatan lanjut.

l Mengapa Lim Guan sering bercakap pasal ketelusan tetapi takut memberi maklumat bagi membantu pihak Ros menyiasat aduan-aduan dan dakwaan daripada ahli-ahli DAP sendiri. Ternyata Lim Guan Eng mahu tutup sesuatu yang agak serius. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment