Lori tangki bawa cecair kimia terbalik dan bocor
IPOH, KHAMIS, 09 Januari, 2014: Sebuah lori tangki yang membawa bahan cecair formaldehyde terbalik dan mengalami kebocoran dalam kemalangan yang turut melibat dua buah kereta di Kilometer 269 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada pukul 7.30 pagi ini.
Kemalangan yang berlaku kira-kira tiga kilometer dari Plaza Tol Jelapang dekat sini tidak melibatkan kematian dan pemandu lori tangki berkenaan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.
Setakat pukul 9.30 pagi ini, lori tangki yang merentangi lebuh raya masih belum dialihkan dan anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) serta bomba masih membersihkan sisa tumpahan cecair itu di sekitar kawasan kemalangan.
Kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selama kira-kira dua jam mulai dari Tol Jelapang, kini mulai lancar. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment