Rasuah: Bekas Naib Presiden IIB didenda RM30,000
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 09 Januari, 2014: Bekas Naib Presiden Iskandar Investment Bhd. (IIB),
Mohamad Hanafiah Abu mansor, 48, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima suapan berjumlah RM25,000, empat tahun lalu.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu terhadap Mohamad Hanafiah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif di JP Logistics Sdn. Bhd., selepas tertuduh menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan pilihan, Mohamad Hanafiah yang ketika itu berjawatan Naib Presiden Iskandar Investment Bhd. (IIB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Medini Iskandar (M) Sdn. Bhd. didakwa menerima rasuah RM25,000 daripada Mohd. Zulkifli Arif di kawasan letak kereta IIB di Danga Bay di sini antara pukul 3 dan 4 petang awal Januari 2010. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment