Sikap sebenar Guan Eng terserlah
Oleh FAIZAH IZZANI
KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Jan Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluluskan pembelian kereta mewah Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasmi ketika ekonomi negeri itu terus merosot mencerminkan sikap sebenar beliau yang licik memanipulasi kepercayaan rakyat.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, Guan Eng sebelum ini lantang bercakap mengenai soal penjimatan di dalam urusan pentadbiran kerajaan namun kelantangan itu bagaikan terkena batang hidung sendiri apabila dilihat bermewah-mewah dalam perbelanjaan kerajaan n SABTU,egeri.
Sejak bila Guan Eng cakap serupa bikin? Dia merupakan seorang pemimpin yang pakar putar alam. Sebelum ini dia begitu lantang bercakap pasal penjimatan tetapi sekarang kita boleh melihat betapa borosnya dia menggunakan dana rakyat untuk kepentingan dia," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan Guan Eng menggunakan kereta rasmi jenis Mercedes-Benz S300L bernilai RM657,218 sekiranya tiada potongan cukai.
Pengumuman itu dibuat tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri itu menukarkan kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5.
Kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan bajet defisit RM255.44 juta untuk tahun 2014 yang merupakan bajet defisit buat kali keempat berturut-turut selepas defisit RM262.04 juta untuk tahun 2013, RM213.71 juta (2012) dan RM107.78 juta (2011).
Mohamed Razali berkata, Guan Eng sudah pasti akan menempelak sekiranya pihak lain terutama kerajaan Barisan Nasional (BN) yang membeli kenderaan mewah itu untuk kegunaan rasmi kerajaan.
Dia boleh beli dua kereta dalam masa 3 bulan, kalau orang lain yang buat, sudah tentu dia pukul gendang merata-rata," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Razali turut mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh mendapat potongan harga yang begitu tinggi dalam pembelian kereta Mercedes-Benz itu.
Kita hendak tahu juga bagaimana dia boleh dapat potongan harga hebat. Adakah kerana dia mempunyai hubungan yang amat baik dengan syarikat itu," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment