My Add

Wednesday 26 February 2014

Dokumen DAP masih tidak lengkap, henti sandiwara - Tuan Tat

 * TAN Tuan Tat menunjukkan surat dari ROS meminta parti itu memberi maklumat dalam sidang akhbar di Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor, semalam.
KUALA LUMPUR, SELASA, 25 Februari, 2014: DAP didakwa terus bermain 'tarik tali' dan bersandiwara apabila masih enggan menyerahkan dokumen tambahan berhubung pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam Kongres Khas parti itu tahun lepas kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Pengerusi DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, permintaan ROS itu sudah beberapa kali dibuat, namun sehingga kini DAP masih gagal menyerahkan maklumat tersebut.

Sebaliknya, menurut Tuan Tat, kepimpinan DAP yang diterajui oleh dinasti Lim itu terus angkuh dan bersikap 'bodoh sombong' dengan berterusan menyalahkan semua pihak termasuk membuat ugutan saman terhadap ROS berikutan kepincangan dalam dua pemilihan parti itu.

"Sekiranya DAP benar-benar telus dan bersih, mengapa tidak bantu ROS dengan salurkan semua maklumat yang diminta? Kenapa masih teragak-agak?

"Anthony Loke (Setiausaha Organisasi DAP) sudah bertemu dengan pihak ROS minggu lepas, namun kemudian memberitahu media bahawa masih ada beberapa lagi dokumen yang perlu diserahkan dalam masa terdekat. Mengapa tidak beri sekali gus? Siapa sebenarnya yang main 'tarik tali' dalam perkara ini," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu, di sini hari ini.

ROS sebelum ini meminta DAP mengemukakan laporan lengkap berkaitan pemilihan semula CEC yang diadakan dalam Kongres Khas DAP pada 29 September lalu.

DAP perlu segera mengemukakan laporan penuh antaranya tentang senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan, senarai cawangan yang telah diberi status Sijil A dan juga salinan asal 500 surat yang ditandatangani oleh perwakilan tidak hadir.

Sebelum ini Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lalu.

Menurut Tuan Tat, DAP mahu mengajar umum menghormati undang-undang, namun hakikat sebenarnya m ereka sendiri tidak ambil endah terhadap mana-mana peraturan yang tidak menyebelahi parti atau mana-mana pemimpin mereka. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment