My Add

Tuesday 25 February 2014

Richard Riot sedia jadi presiden

KUCHING, ISNIN, 24 Februari, 2014: Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem bersedia menjadi Presiden parti sekiranya mendapat sokongan delegasi dalam Persidangan Tritahunan Perwakilan (TDC) yang dijangka diadakan akhir tahun ini.

Beliau berkata, pelantikan sebagai Presiden merupakan langkah terakhir boleh diambil sekiranya perbalahan antara kumpulan yang diketuai Presidennya, Tan Sri Peter Chin Fah Kui dan Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh masih tidak selesai.

"Apa yang saya mahu agar SUPP kembali menjadi satu. Walaupun ada sebelah pihak mengatakan ‘jambatan’ telah dibakar tetapi demi parti kita perlu bersatu dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

"Hanya sebagai langkah terakhir jika masih tidak berdamai dan ahli parti fikir kenapa tidak mencuba Richard Riot menjadi Presiden SUPP, saya sedia menerima tawaran itu," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Klinik Gaji Minimum peringkat negeri Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment