My Add

Tuesday 25 February 2014

ROS harus siasat Teresa

PUTRAJAYA, SELASA, 25 Februari, 2014: Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu menjalankan siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang didakwa telah melanggar perlembagaan parti selain menyalahgunakan kuasa.

Bekas pembantu khas Teresa, Tan Chee Chong berkata, antaranya pelanggaran klausa 25 perlembagaan parti yang menetapkan bahawa pengeluaran wang tunai daripada bank tidak boleh melebihi RM400.

Bagaimanapun, katanya, Teresa didakwa melakukan pengeluaran sebanyak RM8,000 sekali dan RM5,000 tiga kali dalam bentuk cek yang kesemuanya berjumlah RM23,000.

"Sepatutnya sebarang pengeluaran wang tunai melebihi RM500 hendaklah dimaklumkan dalam satu mesyuarat,'' katanya selepas menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak ROS di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE. 

No comments:

Post a Comment