My Add

Wednesday 26 February 2014

100 jenis haiwan cuba diseludup dirampas di Manila

MANILA, RABU, 26 Februari, 2014: Pihak berkuasa jabatan hidupan liar kelmarin menyatakan pihaknya berjaya merampas hampir 100 jenis haiwan eksotik yang cuba diseludup ke selatan Filipina dalam tangkapan kali kedua dalam tempoh dua minggu.

Ketua Serantau Lembaga Hidupan Liar Filipina, Ali Hajina berkata, seramai lima suspek warga Filipina yang membawa haiwan tersebut telah ditangkap dan akan didakwa kerana cuba menyeludup haiwan terlarang dan memilikinya secara haram.

Rampasan dan tangkapan itu dilakukan selepas seminggu beberapa pegawai jabatan hidupan liar di selatan Filipina menemui hampir 100 haiwan yang sama dari Australia dan Indonesia cuba dibawa masuk menggunakan sebuah van ke Manila. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment