My Add

Tuesday 25 February 2014

Najib ziarah dua bekas AJK UMNO Pekan terlantar sakit

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
 
 * ADA sesuatu yang mencuit hati Najib Tun Razak semasa melawat Mohamed Taib Ibrahim (berkerusi roda) di Kampung Jambu, Pekan, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN
PEKAN, ISNIN, 23 Februari, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan hari ini meluangkan masa menziarahi dua bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pekan yang terlantar sakit.

Individu pertama yang dilawatinya adalah bekas Ketua Pemuda UMNO dan AJK UMNO Bahagian Pekan, Tarmizi Tahir yang terlantar sakit akibat strok di rumahnya di Lorong Ara, Jalan Rompin Lama di sini.

Perdana Menteri turut melawat seorang lagi bekas AJK UMNO Bahagian Pekan di Teratai Dara Kampung Jambu, di sini Mohamed Taib Ibrahim yang terlantar sakit akibat penyakit sistem saraf sejak sebulan lalu.

Dalam kunjungan selama kira-kira setengah jam itu, Najib bukan sahaja bertanya khabar tentang kesihatan kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu, malah beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka.

Yang turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment